Berita Terkini

PENUTUPAN PORTAL RESIDENSI WILAYAH (18 HINGGA 20.12.2020)
17 December 2020

Adalah dimaklumkan bahawa Portal Residensi Wilayah tidak dapat diakses oleh pengguna bermula pada 18 Disember 2020 (Jumaat) bermula jam 6.00 petang hingga 20 Disember 2020 (Ahad) jam 6.00 petang bagi kerja-kerja penyenggaraan berjadual. Sehubungan itu, pengguna tidak dapat mengakses Portal Residensi Wilayah pada waktu tersebut. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

STATUS PERMOHONAN RESIDENSI METRO KEPONG
17 July 2020

Adalah dimaklumkan bahawa tawaran bagi Residensi Metro Kepong telah penuh pada masa ini.

Pemohon yang berada di dalam status Semakan Urusetia adalah disenaraikan bagi menggantikan pemohon menolak tawaran / gagal pinjaman sekiranya ada.

Bagi pemohon yang berada di dalam status Semakan Urusetia dan tidak mahu menunggu pemohon boleh mengemukakan emel beserta alasan untuk pembatalan projek ke alamat emel urusetiaresidensiwilayah@kwp.gov.my.

 

Maklumat yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut :

i) Nama penuh

ii) Nombor Kad Pengenalan

iii) Projek yang ingin digugurkan

iv) Alasan permohonan 

PENANGGUHAN URUSAN PERMOHONAN RESIDENSI WILAYAH
30 April 2020

Adalah dimaklumkan bahawa urusan permohonan Residensi Wilayah ditangguhkan sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Ini selaras dengan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan kepada semua rakyat Malaysia termasuk penutupan premis Kerajaan telah dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020 yang bertujuan untuk mengurangkan perhubungan individu secara bersemuka bagi mengelakkan penularan wabak Pandemik COVID-19.