Berita Terkini

LARANGAN SEBARANG BENTUK KUTIPAN BAYARAN BAGI PROSES PERMOHONAN UNIT RESIDENSI WILAYAH
12 February 2020

Sukacita dimaklumkan bahawa projek-projek Residensi Wilayah daripada pemaju yang terlibat telah dimuatnaik ke dalam Portal Residensi Wilayah untuk dimohon oleh pembeli-pembeli yang berminat dan berkelayakan.

Sehubungan itu, Kementerian ini ingin memaklumkan bahawa semua proses permohonan adalah mengikut Garis Panduan Pengurusan Permohonan Rumah Mampu Milik yang telah dikeluarkan bagi memastikan urusan permohonan dan tapisan dapat berjalan dengan lancar dan teratur.

Selain itu, pihak pemaju hendaklah bertanggungjawab untuk memastikan agar tiada sebarang bentuk kutipan wang diterima daripada pemohon termasuklah kutipan yuran komitmen sebelum menandatangani perjanjian jual beli kerana bercanggah dengan Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan Dan Pelesenan) 1989 bagi melindungi kepentingan pembeli dan pematuhan peraturan di bawah Akta 118. 

Pembeli dinasihatkan agar berhati-hati dengan tawaran yang dikeluarkan oleh mana-mana pemaju perumahan dan tidak membuat sebarang bayaran sebelum menandatangani Perjanjian Jual Beli.

 

Urus Setia Residensi Wilayah

 

05 February 2020

Dimaklumkan, Kompleks Jabatan Perdana Menteri di Parcel B, Putrajaya akan dikenali sebagai Kompleks Setia Perdana. Manakala bagi setiap bangunan di dalam Kompleks ini akan dikenali sebagai Setia Perdana 1 hingga 8 bagi menggantikan Blok 1 hingga 8. Pertukaran ini akan berkuatkuasa 01 Februari 2020.

PENUTUPAN PORTAL RESIDENSI WILAYAH (13 DAN 14.12.2019)
06 December 2019

Adalah dimaklumkan bahawa Portal Residensi Wilayah tidak dapat diakses oleh pengguna bermula pada 13 Disember 2019 jam 12.01 pagi hingga 14 Disember 2019 jam 11.59 malam bagi kerja-kerja penyenggaraan berjadual. Sehubungan itu, pengguna tidak dapat mengakses Portal Residensi Wilayah pada waktu tersebut.